Friday, January 9, 2009

Tahniah Long !


Tahniah untuk anak sulung kami, Muhammad Amirul Aiman. Pada 30 Disember 2008, Long berjaya mendapat 6A 2B dalam PMR. Pada tahun 2008, SMK Padang Tengku telah mencatat sejarah kerana seramai 6 orang pelajar mendapat 8A. Ia merupakan pencapaian tertinggi bagi sekolah Daerah Lipis. Ia merupakan loncatan baru sekolah ini yang merupakan sebuah sekolah di luar bandar dan tidak menapis penerimaan murid.

Long asalnya bersekolah di SMKA Wataniah, Jerteh selepas mendapat keputusan 3A2B dalam UPSR. Selepas kami berpindah, Long tidak boleh belajar di SMA Al-Maidah, Padang Tengku kerana sukatan pelajaran yang berbeza. Kami daftarkan Long di SMKPT kerana hampir dengan rumah dan boleh berjalan kaki ke sekolah.

Pada mulanya, Long ditempatkan dalam Tingkatan 2A (kelas ke 3 dalam turutan terbaik) dan dinaikan ke Tingkatan 3 Wawasan 1 pada tahun 2008. Dengan kejayaan tersebut, Long telah mengulangi pencapaian kedua-dua orang tuanya. Semasa saya mengambil SRP dan mendapat 8 aggregat dan mencipta sejarah sebagai anak kampung terbaik di Pulau Meranti Jerteh dan akhirnya menuntut di KUSZA (kini UDM) yang merupakan sekolah agama berasrama penuh di Terengganu.

1 comment:

Shafiq Azli said...

Salam abe mat...
kalau abe mat nak hantar gapo-gapo..
just komen kat papan nota atau komen kat bawah weblog shafiq...
itu lebih mudah untuk shafiq meninjau pwerkembangan blog.